Follow Viruspadu

Monday, November 16, 2015

Kimbap Buat Sendiri

Dont play play... kita buat sendiri hokehhhh!

You know kimbap? You know?
Amboi eksen benor gayanya kihkih

Ko tahu kimbap tu apa tak? Ala sushi la senang cakap. Isi je lain kan.

Nak pergi sushi makan, tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii biasa budak ni bukan nak makan sangat pun. Nak main-main je lebih. Suka tengok piring tu bergerak pastu main amik sebab comel je. Pastu bapakkkkk dia jugak kena makan. HAHAHA. Jadi korang dah faham kenapa perut apak depa jadi macam tu? krik krik krik.

Pastu biasa kalau kat sushi tu dia punya kappamaki, tamagomaki ntah apa maki maki lagi ntah nama dia tu... isi dia timun ngan telur la apa la kan. Tak syiok sangat.

Jadi marilah kita buat sediri. Kita isi apa saje yang kita suka.

Ha tu dia.

Kitorang beli isi ketam, salmon, timun, lobak, isi ketam, salmon, timun, lobak, timun...
Ceh itu je sebenarnya. Tapi itula yang kita suka ponnnn.

Nasi dia guna nasi apa?

Kitorang pakai nasi biasa makan hari2 tu je uols HAHAHA
Takyah gaduh nak beli beras pulut jepun ke apa benda tu semua.
Bantaila selera tekak melayu

Tapi ada la gugel-gugel jugak

So nasi biasa tu gaul dengan garam sikit, gula sikit, cuka makan sikit. Saya ada baca suruh letak ajinamoto sekali. Yelah walaupun ayam goreng pun boleh letak ajinamoto tapi saya TAKNAK letak ajinamoto ye. HAHAHAHA. Nyampah iklan tu HAHAHA.

So setel bab nasi.


Seaweed yang paling penting
Dan bamboo mat tu juga amat penting untuk gulungan yang senonoh ye.
Kalau ko xde bamboo mat tu, insyaAllah tak menjadi gulungan tu nanti.
nasib ko lah!

Jadi...

Bentang seaweed atas bamboo mat
Letak nasi.
Letak mayonis
Dan letakla segala macam yang ko suka tadi
Dan gulunglah dengan penuh kasih sayang

Ya ampun, sumpah sedap

Yang pertama sebab nasi tu memang selera tekak melayu,
Lepas tu isi tu memang kesukaan ko.

Maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan?



Dah pergi cuba sekarang!

Resepi penuh?
Pergi gugel sana




3 komen[s]:

LM said... [Reply to Comments]

Kemas gulungan nampak padat sgt. Saya bab gulung tu gagal sgt. Bab potong lg lah gagal. Jadik hancur semuanya. Huhu

arora ateh said... [Reply to Comments]

Ganas betul resepi kak jem..hahaha

viruspadu said... [Reply to Comments]

pemalas sangat kan hahahaha







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^