Follow Viruspadu

Tuesday, November 17, 2015

Pernah dengar pasal Rantau Eco Park?

Saje nak share dengan korang pasal Rantau Eco Park ni.
Sebab beberapa minggu yang lalu saya ada family day #UPTMDiHati kat sini.

Tapi takmo cerita pasal family day saya yang banyak giler hadiah saya bawak balik tu HAHAHA Eh terbagitau pulak. Saya saje nak share pasal Rantau Eco Park sebab ramai orang tak tahu Rantau, Negeri Sembilan dah ada Eco Park woi!


Cuti sekolah dah dekat kan
Lagipun nak gi melaka jauh, nak gi johor jauh. kuantan jauh. nak gi PD ramai sangat orang kalau time cuti. Bolehla masukkan Rantau Eco Park ni jadi salah satu pilihan percutian. Ayuh ke sini. Tempat baru kan. So aman damai lagi.

Lagipunnnnnnnnnnnnnnnnn... ini bukan macam taman tema air yang lain sebab yang ni ko boleh bawak makanan sebanyak mana yang engkau suka! Bayaran masuk RM5 rasanya. Kalau salah korang check la sendiri ye. Tapi murahla.

Bila korang bayar masuk murah macam ni, jangan la korang bayangkan ada ombak, ada gelongsor air lapan tingkat apa bagai semua ye. Masuk rm5 je kot. So kolam mandi dia simple aje. Tapi memadai lah. Budak happy dapat mandi macam ni kan.

Katanya ini fasa 1
Fasa 2 menyusul so ada la gelongsor apa bagai tu semua.
Ish tak sabar kiteeee.

Kalau nak santai-santai lagi boleh book chalet terus kat sini.

Nice jugak la chalet dia. Saya mintak extra tilam. Satu RM10.

View memang meletop! Masa ni hujan lak tu. Memang cantik!

Boleh jenjalan naik bot. Ini bayau lain la ye. Sila check sendiri. Gua tak ingat.


Boleh main calm water rafting. 


Rindu tasik guthrie UUM. Ohhhhh 




 Dah la itu je kot

Sekian daripada si pipi bengkak.

MAJULAH RANTAU UNTUK NEGARA

:)

2 komen[s]:

Unknown said... [Reply to Comments]

Assalam. Brp harga chalet tu

Unknown said... [Reply to Comments]

Assalam. Brp harga chalet tu







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^