Follow Viruspadu

Friday, November 13, 2015

Putrajaya Skyrides

Minggu lepas

Ntah macam mana yang sebenar takde apa sangat nak buat. Saya sekarang memang kalau hari cuti je plan nak duk rumah. Nak baring je. Sel otak tak berapa nak berhubung. Stress memanjang. Selalu macam tu. Tapi akhirnya En.Badang dia ada 1000000000000000000000000001 plan nak buat. Tapi saya suka je la kan.

"Hari ni jom kita gi putrajaya, tengok pesta lampu"

ye ke nama dia pesta lampu?
Malam la patut kan
Tapi tu la dia, dia kata jom la pergi awal. Boleh lepak alamanda. Yang sebenar dia nak tengok kat alamanda ada jual buah fig ke dok.

Ok layan. Jom la gi awal-awal.

Nak tengok pesta lampu ke pesta cahaya ke apa ha nama dia. Tapi tengahari matahari atas kepala lagi gua dah sampai kat putrajaya tu. Ntah nak buat apa pun tak tahu HAHAHAHA.

Okla fine! Kita jenjalan snap2 gambar la dulu. Sambil tunjuk dekat anak-anak dulu putrajaya ni tempat mama papa lepak-lepak memalam sebelum pindah seremban. Yes! Dulu malam selalu lepak sini. Dulu laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa masa berduaan ajo. Jalan pegang-pegang tangan. Nasib la anak dah 4 ni pun masih pegang tangan, kalau pegang kaki? krikkk krikkk krikkkkk ... itu lawak sebenarnya tau KAHKAHKAH whatever!

"Nisa amikkan gambar mama papa lompat kat sini"
HAHAHAHA itula sebenarnya dialog kitorang
"Nak berdiri pastu lompat macam mana ni?"

Last-last malu! Terus cancel amik gambar lompat HAHAHAHA

Lepak tengok anak lari sana sini je.
Saje nak membunuh masa.
Nak tunggu malam lambat lagi woi!

Ok anak-anak! poseeeeeeeeeeeeeeee!

Nisa otometik okehhh tak pandang camera. Genetik emak dia sangat ni. Tapi dia lagi over la kan.

Anoi lagi lebih kot genetik emak. Tetiba posing anje. 

HAHAHA nisa! nisa!

Nak buat apa ni woi! Nak buat apa ni nak tunggu malam.

Lalu ternampak belon udara!

"Bestnya benda tu papa"

"papaaa... kakak nak naik tu... kakak nak... kakak nak"

"adik taknak la, adik takut"

Maka berkelip-kelip mata la mamaJeng bersama anaknya nisa dekat en.Badang dengan harapan yang tinggiiii
Kelip-kelip mata
Kelip-kelip mata
Kelip-kelip mata
Kelip-kelip mata
Kelip-kelip mata
Kelip-kelip mata
Kelip-kelip mata goyang-goyang bahu

"oklah, oklah, jom"

HAHAHAHA yes!!

Dewasa RM38, Kanak-kanak RM30

Tak ramai yang naik skyride  ni. Saya ingat kalau takde orang depa katup. So tanya-tanya lah.
Katanya kalau sorang je pun depa tetap naik jugak.

So memang family saya aje yang naik trip tu. Tapi sebelum family saya ada la family lain. Lepas family saya turun, ada family lain pulak.

So just nice la kot.


Sekali trip tu naik sampaila ke turun adalah 15 minit la. jadi waktu menunggu adalah 15 minit. Kalau takde orang, boleh la rikues lama sikit kot. Tapi lama sangat pun bosan jugak kot. Sebab ia bukan bergerak kesana kemari pun. Ada tali kat tengah-tengah kan. So belon ni akan naik ke atas lalu turun ke bawah aje. Ala-ala ko naik lift je pun feel dia HAHAHA.

Open air lift!

Yang best cuma boleh tengok pemandangan putrajaya.

Alhamdulilah jerebu dah clear. So nampak cantik sangat!
Kata adik yang keje situ minggu lepasnya kan jerebu teruk memang tak nampak apa langsung





Anoi yang daripada takut taknak naik. Tapi dia lah paling happy atas tu.
Anoi selalu macam tu. Awal-awal dia yang takut, akhirnya dia lah yang paling berani sekali.


Dannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Lepas dah turun tu.
Kitorang dah malas nak tengok pesta lampu ke cahaya ke apa benda ntah tu.
Cari buah fig kat alamanda pun tarak.
Terus balik seremban sebab malas nak tunggu malam KAHKAHKAH

Ntah pape ntah!





4 komen[s]:

Sheila Adziz said... [Reply to Comments]

seronoknyer naik skyrides sis....

Athirah Zain said... [Reply to Comments]

bergaya betol anak akak, pandai posing lak tu,,haha

Emy Omar said... [Reply to Comments]

Teringin la juga nak cuba nanti..macam best je nampaknya kak Jeng

viruspadu said... [Reply to Comments]

Shiela,
memang best

Athirah,
Dah beso ni macam2 peelnya

Emy,
gi cuba time takde orang ni







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^