Follow Viruspadu

Tuesday, December 08, 2015

Kasut Sekolahnya Harussss Pallas

Dah bulan Doblas ni kan
Bulan depan Januari 2016 dah

Amacam?
Sudah prepare barang keperluan sekolah anak ke belum?
Jangan last minit sangat uols. Terasa duit keluar deras macam air terjun sungai sedim kang. Nangis!

Saya awal bulan November ritu dah beli siap-siap dah baju sekolah anak-anak. Amboi macam ramai je anak je gayanya kan. Pada dua orang je pun. Sorang beli 4 pasang.

So Annisa tahun depan dah darjah 3 dah. Annur pulak baru nak masuk darjah satu. Alhamdulilah.

Alahai rasa anak kecik lagi. Tapi dah masuk sekolah rendah dah pun deduanya. Alahaiiiiiiiiiiiiiiii.

Biasalah ibubapa. Bila penat jaga anak terasa nak anak cepat besar. Bila anak dah besar, terasa please dont grow up too fast baby HAHAHAHAHA #FirstWorldProblems



Dan nak cerita pasal kasut sekolah sebenarnya.

Kasut sekolah lagi la dah lama saya beli untuk sekolah tahun depan tau.
Bulan oktober lagi dah beli. Diulangi bulan OKTOBER ye.

Ni adakah disebabkan oleh faktor umur ataupun faktor eksaited sangat annur nak masuk darjah 1 tahun depan ni? Ce eksplen sikit kakjeng? KAHKAHKAH

Bukan kata kasut sekolah je sebenarnya, Beg sekolah pun dah beli bulan Oktober tau HAHAHAHA.

Biasalah boleh beli online. Kalau online memang gini la. Selalu terbeli cepat sebab omak eh yang tak saboo... Beg sekolah pun saya beli online gak.

Tayang sikitttttttttttttttttt kasut sekolah uolssssssssssssss
Mestilah Kasut Sekolah Pallas
Bagus Pallas buat Online gini
Sangat memahami kehendak masa kini



Ini kalau bawak bebudak beli kasut ni, tetiba dorang tak pilih kasut sekolah, tapi sibuk nak seliper princess la apa la. Tu belum lalu sebelah kedai makanan lazat-lazat dan kedai mainan lagi. Phewwwww #LapPeluh. 

Hari tu saya beli sorang dua pasang je.
Tapi si nisa sebab malas cuci kasut sekolah dia, selambe je dia pakai dah kasut tahun depan ni gi sekolah. Kembang kuncup je hidung saya perati perangai budak ni tau. Lagi rasa nak tertanggal terus hidung saya ni bila kasut sekolah Pallas adik dia pun dia pakai HAHAHAHAHAiyaaa

Perangai sape ko ikut  ni nisaaaa

Tahu la kasut ni Pallas ni best pakainya.
Memang ringan dan Ektra ringan sampai boleh terbang HAHAHA ok tipu.
Tapi memang ringan kasut Pallas ni. Siyes tak tipu.
Dah  beg sekolah berat dah macam kura-kura je kan. So kasut kita beli yang ringan-ringan la. Saya kan ibu yang prihatinnn gittewwwwww. Kasut ni EXTRA LIGHT in WEIGHT (artikel kasut: 202-0165/205-0164)  dapatlah kurangkan beban budak-budak ni pergi sekolah dan anak-anak membesar dengan kaki yang sihat. Takla tersepit aje. Anak-anak ni kadang dia tak bagi tahu kita ibu bapa kalau kasut tu longgar sangat ke sempit sangat ke. Redha je. Asalkan pakai kasut sudah. Itulah kanak-kanak kan. Kita dulu-dulu pun macam itu jugak :p

Lagi yang saya suka pasal Kasut Pallas ni antara sebabnya design dia classsssss ko! Mak-mak suka ni HAHAHA ada Velcro strap senang takyah ikat-ikat. Pastu material kanvas + PVC so tahan lama la sikit kan. Proven extra superlight weight "X-Light" dan yang paling penting ada Foam lining untuk bagi extra selesa dan extra protection.

Happy Feet. Kids, please grow with healthy feet. 

Kadang mak-mak takut nak beli kasut sekolah anak online kan. Takut tak muat ke apa.
Saya selalu buat macam ni.
Amik satu A4. Pijak. Pastu lukis la bentuk kaki.
Pastu amik pembaris. Ukur.

Macam ni la. Kira dari ibu jari kaki tau. 



 ngam ngam saiz

Alamak! Annur tak tahu ni kakak dah pakai kasut sekolah dia yang ni! Ayokkkk

Syhhhhhhh... korang jangan pecahkan rahsia ni tau HAHAHA
Terpaksa la den beli lagi kasut baru Pallas nanti
Apa link Pallas tadi?
Okeyyy Ayomat Geset Goooooooooooooooo klik www.pallas.com.my


2 komen[s]:

Emy Omar said... [Reply to Comments]

Awal kak Jeng dah beli kasut sekolah..kita pun suka belikan anak-anak kasut palas..betul tu kalau bawak pegi kedai lain yang ditarget lain yang mereka tuju huhuhuhu

aSmiDar said... [Reply to Comments]

baru nk mencari2 kelengkapan ni...duit memang mencurah2 mcm air je skg ni..asal kuar rumah ke msti kna duit..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^