Follow Viruspadu

Monday, March 14, 2016

Tema Biru Putih

Jarang sangat saya nak join dinner
Sangat-sangat jarang
Sukar terjadi lah pendek kata

Perangai MALAS yang tak dapat ditolong lagi
Dasar PEMALAS
Tu je key point dia

Tapi hari tu, lepas dapat surat jemputan, terus wasap Badang

"nak gi?" ~hantar gambar kad jemputan
"boleh gak"

Lepas tu bermula la perbincangan anak siapa nak tolong jaga masa pergi dinner bla bla bla bla.

Dan lepas tu juga bermulalah pening kepala nak pakai baju apa.

Tema dia BIRU dan PUTIH.

Alamak.
Nak pakai apa ni???

Klik ZALORA.

Pilih pilih pilih
Hantar 2 gambar baju dekat Badang

"mana satu ok?"
"gambar yg atas tu"
"OK"

Terus beli.
Esok sampai.

Senang betul zaman loni nak beli baju.
Dulu ingat lagi dinner vaselline. Menggagau cari baju. Sampai ke KL ke Seremban ke KL ke Seremban cari baju sesuai. Haiyaaaa.

Nah siapa nak beli dekat Zalora pastu nak diskaun, masukkan code ni. Nanti dapat diskaun ZBAPQGZG.



OOTD Dinner
Shawl - @byceeranoh 
Kasut - TopShop 
Bag - H&M

Saya memang biasa beli baju dekat zalora tu.
Biasa memang saya amik saiz M je
Tapi saya tak tahu pulak baju dia kain lace melekat kat badan. haiyaaaa #alasan HAHAHA

seminggu saya diet sebab takut tak muat baju ni tau HAHAHA
pagi makan nasi goreng ngan air kosong je :p
Seminggu tak minum teh tarik
Seminggu tak makan malam
Nyampah. Nasib baik la malam tu muat HAHAHA. Coi.

Adekah lepas ni saya kena beli baju saiz L
Coi coi coi coi coi

Piah, saya, mek.
 Gambar kena kredit dekat laki piah. Terer snap gambar. Terus cantik.

Sebelum masuk dewan.
Baju ngan kasut Badang tu lagi la, petang tu balik keje singgah jap beli. Lagi last minit. Nasib la ada. Nasib la mecing.


Duk semeja ngan piah je
Mek meja lain.

Oklah tu je nak cerita. 
(dah malas taip le tu)



1 komen[s]:

Dewi Aja said... [Reply to Comments]

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^