Follow Viruspadu

Wednesday, October 12, 2016

100meter


Anoi: Mama mama mama mama mama
Mama: ye
Anoi: Mama mama mama mama nak tahu tak adik masuk lari 100 meter
Mama: laju ke adik lari ni?
Anoi: Mama mama mama mama mama cikgu pilih adik tau mama

HAHAHAHAAHA
Anak siapa macam anak saya?
Kalau panggil mama memang tak cukup sekali.
Panggilan mama dia bergema-gema
Kekadang takde apa nak cakap pun nak panggil nama mama gak
Bila tanya nak apa, dia jawab. Takde apa, adik saje je panggil mama.
Ya Allahhhhhh
HAHAHAHAHA

Mama: Kakak masuk acara apa?
Nisa: Pas baton 100 meter
Mama: wah hebatnya.

Kali ni hari sukan anak-anak saya kesorangan
Tak pernah lagi kesorangan tanpa en.Badang

Terkilan sangat tahun lepas saya tak dapat join hari sukan anak-anak.
Sebab ada aktiviti kat office :( :( Nak minta excuse tak berani.

So tahun lepas en.Badang kesorangan menemani anak-anak hari sukan. Tahun ni saya pulak kesorangan. Harap tahun depan dedua available :)

Berkumpul kat sekolah jam 7.15 pagi.
Disebabkan mama cemas tak pernah handle semua benda ni
Sehari sebelum dah bz beli roti ngan milo kotak bekalan sarapan anak-anak.
Takut tak sempat nak sarapan pagi tu kan.
Malam tu pulak, dah bincang dengan anak-anak baju mana nak pakai.
Beg mana nak pakai.
HAHAHA mak mak memang over
Kalau Badang uruskan anak, pagi-pagi tu je dia plan. Elok je smooth
Maknya kelamkabuttttttttttttttttttttttt.

So berkumpul kul 7.15 pagi patutnyakan
Kul 6.45 pagi saya dah sampai depan sekolah WAKAKAKAKAKA
Memang kosong sekolah tu.
Paksa anak-anak makan pisang, makan roti apa semua.
So anak-anak masuk sekolah dulu. Saya masih menunggu dalam kereta.
Agak-agak dah kul 8.00 pagi bila semua murid dah berkumpul kat padang baru saya keluar kereta
Merasa la sejam tengok boboiboy dalam kereta.
Padannnnnnnnnnnnnn.

Ntahla.
Bila la saya nak suka dan redha drive kereta sendiri.
Saya boleh je drive tapi sangat tak suka drive
Bila orang bergurau sakat-sakat saya pasal drive.
Saya gelak-gelak je
Tapi rasa terbeban sangat gurauan macam tu.
Ntah HAHAHA. But saya memang tak sukaaaaa walaupun ianya sejenis gurauan.
Stresssssssssssssssssss hahahaha.

Tetiba luahan perasaan dah giler ke kakjeng :p

Acara start kul 9 kot. Lepas perasmian apa semua la.
Acara pertama adalah larian 100m tahun 1 lelaki.
Lepas tu perempuan pulak
Lepas tu anoi lari
nevesnya mamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Berkaca-kaca mata tunggu anoi nak berlari
Sedih lak hati ni
Macam tak percaya anak sendiri masuk balapan
Teringat zaman sekolah , saya nak masuk 100m gak
Arwah abah siap beli kayu apa ntah yang semacam macam akar kayu gosok-gosok belakang lutut
Abah cakap, bagus ni andak. Nanti boleh lari laju macam kuda
Abah suruh saya baring, pastu dia gosok2kan dengan akar kayu tu
Tak tahu la benda tu betul atau abah saje nak tenangkan hati anak dia yang cemas ni
HAHAHAHA.
Tapi saikologi kan benda tu.
Terasa laju terus saya lari. Perasaan aje la kot.

Saya ada rekod video anoi lari.
Tapi saya tak share la.
Malas nak upload wakakaka.
Memang laju anoi lari tinggalkan kengkawan dia kat belakang
Tapi bila nampak mama dia kat tepi boleh lak dia slowdown nak tgk mama
Sabo je la

So saya ingatkan anoi dapat no 2 or 3 la kot
sebab lepas melintas depan saya, pastu dah lari kedepan lagi tu saya xnampak siapa yang menang.

Saya tak kisah langsung siapa pun menang
Nampak anoi lari pun dah terharu sangat rasa.

Bila tetiba dia berdiri kat tempat PERTAMA
Terima kasih Ya Allah
Perasaaaaannnnnnnnnnnnnnn niiiiiiiiiiiiiiii.

Tak dapat digambarkannnnnnnnnnnnnnn
Terharu


A video posted by Zaimah Noh (@viruspadu) on


Mama: Nisa, bila nisa nak lari? mama tengok budak darjah 3 dah lari dah
Nisa: Sebenarnya kakak simpanan je mama.

Alamak hihihihih.



Takpe tahun depan cuba lagi ye nisa.
Fighting.


1 komen[s]:

Amyz Lie said... [Reply to Comments]

Eh eh eh.. Dah kenapa aku jugak yang sebak tengok Anoi dpt 1st ni? Ahahahahah.


Mmah. Kalau terasa aku gurau2 ko tak blh drive tu minta maaf ye. Jgn simpan dlm hati tau.

Insya Allah, lama2 nanti ok. Cuma tu la. Biasa baru2 nak drive balik. Selama ni en Badang yg drive kan. Nak start balik tu mmg payah sikit la. Kena kuat semangat ok. Jangan risau2. Baca doa utk perlindungan.

Kita tau kita ni dah berhati2 kat jalan raya. Tapi ada je org lain tak, dan kita juga yang kena. Tu sbb kena extra berhati2 la eh.

Take care ok!

Mwah!







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^