Follow Viruspadu

Friday, November 25, 2016

Tahniah anak-anak



Alhamdulilah, terima kasih Allah.
Banyaknya nikmat yang Allah bagi dengan usaha saya yang sedikit. Maka nikmat Allah yang mana lagi yang kau dustakan zaimah.
Terima kasih Allah. Syukur Alhamdulilah

Dah lama tak update blog. Tapi bila ada kenangan yang macam ni
Kena la tulis jugak. Kenangan ni kannn hihihih.


Rezeki anak-anak dapat naik pentas tahun ni. Teringat lagi awal tahun ritu.
Cakap dengan nisa...

"Tahun ni boleh tak mama nak tengok anak-anak mama naik pentas ambil hadiah"
Nisa angguk. Tapi muram aje.

Dalam pelajaran, nisa memang agak lemah dan tak berapa minat sangat dengan buku pelajaran.
Dia cepat bosan. Minat dia bukan kat situ. Tapi bab praktikal dia lebih cekap pulak dari anoi. Bab main game terer. Bab memasak pun terer. Bab belajar je kelaut. Result pun kalau merah-merah tu biasa kihkihkih.

Beza sangat dengan anoi. Anoi bab pelajaran memang takyah risau. Kalau bagi buku kat anoi dia boleh lepak baca sampai habis. Diam-diam je dia baca sorang-sorang.


Kelmarin balik sekolah, nisa menjerit daripada pagar rumah.
"mama mama mama, kakak ada berita gembira nak bagitahu mama"














 

Rupanya nisa pun dapat cemerlang. So mama dapat tengok nisa ngan anoi dedua naik pentas.
Alhamdulilah

Kelu lidah saya ni. Tak tahu dah nak bersyukur macam mana. Kena syukur sangat-sangat. 

Sebab minggu exam pun si nisa dengan anoi langsung tak sentuh buku pun. Saya pun memang tak harapkan apa-apa. Siang-siang hari-hari main air kat kolam, malam dah letih. Malam saya jerit kat anak-anak. "korang ni tak baca buku ke? Dorang buat tak reti je.


Bila saya tanya "esok exam apa?"

"ntah" jawabnya


Senang bebenor jawab. HAHAHAHAHA.


Tetiba rasa semangat pulak
Kalau tahun depan saya mengajar bebetul nisa anoi ni mesti boleh pergi lagi bagus kan.

Apa pun TAHNIAH anak-anak
Terima kasih tunaikan janji dekat mama
Terima kasih buat mama happy
Terima kasih anak-anak

Anugerah terindah.

0 komen[s]:







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^