Follow Viruspadu

Tuesday, February 28, 2017

Inila hasil sebab malam tadi mata tak boleh lelap


Malam tadi saya tak boleh tidur, so sempat la saya dok belek telek klik-klik album gambar lama tengok gambar lama-lama. Kejap gambar muka saya kembang kejap kuncup. kembang kuncup kembang kuncup kembang kuncup.

Sementara tu terasa macam nak buat FB Ads untuk Skincare Seqybeauty. So saya carila gambar-gambar lama saya.

Yup kulit muka saya memang sejak dulu takde masalah berat sangat. Kecuali masa kat UUM dulu. Jerawat penuh kat dahi ya ampun, stress sangat sampai menangis-nangis bengang. Pastu bila dah last year UUM tu kulit saya dah semakin ok dah sikit. Takde dah jerawat sangat. Siyes takde buat apa pun. Cuma picit jerawat je masa tu. Punca muka saya naik jerawat masa tu adalah saya syak sebab muka saya tak tahan dengan pencuci muka.

Dulu kan masa duk rumah tak pernah kenal pun dengan pencuci muka segala. Cuci muka dengan sabun mandi masa mandi je. Pastu bila dah masuk Metrik UUM tu, malam-malam tu rumet ajak cuci muka, awak sorang je takde pencuci muka, malu jugak rasa HAHAHA. Ntah pape itu pun nak malu. So pastu beli la pencuci muka yang murah-murah tu. Brand apa pun dah tak ingat dah. Asal ada je.

Sejak dari tu la jerawat bersilih ganti. Last year kat UUM tu memang saya dah stop pencuci muka semua. Tetiba takde dah jerawat. Macam pelik jugak. Eh bukanla takde jerawat, tapi idok la seteruk sebelum tu. Apapun syukur alhamdulilah.

Lepas tu tahun pertama kahwin pun muka saya jadi teruk balik naik jerawat dekat pipi. Banyak. Penuh pipi. Tapi sebab pakai tudung so orang tak nampak la. Saya kan jenis pakai tudung tutup pipi kekekekeke. So bila pakai tudung tetiba kulit nampak suci je kannnnnn HAHAHA. Padahal bila buka tudung... blerghhhhh amik kooooo jerawat dimana-mana.

Ini kakjeng nak tunjuk wajah-wajah suci kakjeng yang korang biasa nampak dekat blog ni suatu ketika dahulu.

Tahun 2008. Jerawat memang gemar muncul area keliling mulut dan T zone. Kulit agak kusam dan tak berapa sekata. Tapi i is ok.



Tahun 2009 : kembong sangat pipi dia tu kan HAHA

Tahun 2010: Nampak tak jerawat memang suka timbul area tu. Sekarang pun kekadang ada kalau malas pakai skincare HAHAHAHA. Dasar sangat kan.

Tahun 2011: Jerawat masih disitu beserta kulit kusam dan tak sekata. Kening sepah? itu kelebihan tu hahahaha.

Tahun 2012: Why la jerawat... mesti 2 ketul kan. Memang sepasang kekasih kah wahai jerawat sehidup semati kau disitu ye. Gambar tahun 2012 ke atas ni dah susah nak cari yang ori sebab masa ni Camera 360 dah start diperkenalkan kan kan. So kita banyak amik gambar pakai camera360 hihihihihihihi. Biasalah nak berangan muka nampak floles gituuu.

Tahun 2013: alamak gambar senget belah sini pulok. Kalau senget belah sana mesti nampak jerawat tu kan. Nyampah.

Tahun 2014: Eh nisa dah besar kan. Alahai comelnya dia

Tahun 2015: Masa ni dah start pakai BBCREAM Seqy Beauty kan. Kulit dah kurang berminyak. Kulit wajah dah semakin sihat. Jerawat area mulut masih ada tapi dah jarang-jarang berlaku.

Tahun 2006: Dah start pakai skincare Seqy Beauty. Kulit pun dah semakin Alhamdulilah.



Ini yang latest. Jan 2017.


Dan ofkos yang terpaling latest yang ni Feb 2017. Tapi tak berapa aci sangat kan sebab kemain mekap tebal kahkahkahkahkah

Jap saya tunjuk video yang saya share kat IG saya.




A post shared by Zaimah Noh (@viruspadu) on




Dapat tak tengok 3 video ni?
Atau korang boleh terus klik https://www.instagram.com/viruspadu/ pastu follow sekali. Nanti kakjeng update banyak-banyak kat sana tau.

Saya ni bukan la sejenis orang yang rajin nak membelek muka
Nak pakai set-set skincare apa segala bagai ni lagi la malas.

Awal-awal dulu nak disiplin punya la payah
Selalu lompong-lompong pakai skincare. Kadang pakai kadang tak pakai.
Bila tak pakai mula la jerawat nak tumbuh area fav dia tu kan

Sekarang dah tahu dah. Lepas je isyak memang terus pakai skincare
Kalau buat2 lengah sampai ke lusa la baru pakai balik
Saya tak pakai skincare 2 kali sekali. Biasa kan pakai sekali pagi ngan sekali malam kan
Ikut jenis kulit dan kenalilah kulit anda sendiri.
So saya pakai skincare malam sahaja selepas isya. Sebab kulit saya ni ok aje. Cuma tak sekata dengan area T zone je. Pada saya memadai pakai sekali sehari.

So bila difikir-fikirkan balik kenapa masa kat UUM dulu lepas pakai cleanser kenapa tetiba saya tumbuh jerawat banyak? Pastu beberapa kali jugak lepas tu saya try2 jugak beli cleanser baik yang mahal yang murah apa semua. tetap akan keluar jerawat. Tapi pelik apsal saya pakai set skincare SeqyBeauty ni macam serasi sangat. Terus takde jerawat apa semua kan. 

Dah tahu dah kenapa...

Kena pakai cleanser + toner

Dah tua ni baru faham hahahaha. Takpelah. mujur faham jugak. Mujur tahu jugak akhirnya kan kekekeke. 

Cleanser dan toner ni ‘bff’

Kalau dah cuci muka dgn cleanser, seelok eloknya kita kena pakai toner dalam masa kurang 10 minit. Sebab apa?, bila kita cuci kulit akan jadi sedikit kering dan pori-pori terbuka. Toner pula berfungsi untuk stabilkan PH, menutup liang roma yang terbuka serta menyejukkan (mengurangkan radang muka/kepanasan).


Memang tak disangka sangat. Lepas sebulan pakai set skincare ni. Memang kulit saya jadi semakin sihat semacam je. Macam memancar-mancar gitu. Bila sendiri pakai memang tak perasan sangat. Tapi bila abam badang start tegur. Kawan-kawan opis start tegur, adik beradik start tegur... eh eh eh berbunga-bunga pulak hati kita ni awwwwakkkkk kihkihkih.

Sangat berbaloi-baloi.

Wajah kusam? Takde lagi dah.
Babai cik kusam
Jangan datang lagi.


Cik Kusam yang tak dirindukan.

================
Set Trial Skincare Seqy Beauty RM130

WA 0122052091 www.wasap.my/601220520…/Nak%20Skincare%20SeqyBeauty%20Please atau boleh klik wasap group https://chat.whatsapp.com/7ZExyKdwxntBC22KWbPJ1c





KKM Skincare SeqyBeauty

Cleanser : 50ml KKM Reg No : NOT141102733K
Toner : 50ml KKM Reg No : NOT150300575K
Serum : 30ml KKM Reg No : NOT150300577K
Day and Night Krim (2 dalam 1) : 15g KKM Reg No : NOT150300576K


RAWAT MASALAH KULIT DENGAN SEQYBEAUTY

-Jerawat - Skincare, BB Cream, Sakura Mask
-Jeragat - Skincare, BB Cream
-Kulit kering - Skincare, Sakura Mask
-Parut jerawat - Skincare, BB Cream , Sakura Mask
-Kulit berminyak - Skincare, BB Cream
-Keanjalan kulit - Sakura Mask, Collagen SHE
-Selulit - XXS Lotion







0 komen[s]:







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^