Follow Viruspadu

Wednesday, April 19, 2017

Lepas Gunung Berembun dia Naik Gunung Irau Pulak

Aktiviti-aktiviti lasak ni memang dah lama sangat tinggal
Badan pun rasanya dah lemau
Kalau boleh parking dedepan kedai rasanya akan parking terus dalam kedai sebab malas giler nak jalan. Punya tahap tu pemalas lemau dia tu kan.

Dulu XPDC kayak 2-3-4-5 hari tengah laut elok je stamina. Balik-balik muka hitam tangan putih pun rilek je. Sekarang tak payah la kan... Kat rumah ni je dah boleh bagi contoh dah... Kalau dah naik atas, kirim salam la nak turun bawah balik. Sanggup tunggu esok baru minum air dia punya malas tu HAHAHA.

Cerita pasal kayak terus rindu kayak.
Agak-agak boleh lagi ke layan XPDC berkayak lagi ntah.
Berkayak kat laut ni saiko dia double triple saiko daripada masuk hutan.
Sebab ko tak nampak apa-apa kecuali air dan awan yang biru. Panas pun takde tempat nak berlindung. Nak kencing berak? Ni kena ejas2 sendiri HAHAHA
Ko dah kayak bagai nak rak, kayak ko gerak sikit je kedepan.
Stress HAHA. Tapi itu juga yang dirindu nak ulang balik.

Ritu saya dan En.Badang, Nisa dan Anoi naik Gunung Berembun.
Masa tu memang tak jangka apa-apa
Saya tanya Badang, ok tak ? Susah tak?
Dia jawab... rasanya ok aje. Orang cakap senang.
OOOO saya pun lega banyak la dengar penerangan tu.
Pastu bayangkan dalam setengah hari dah boleh setel dah.

Dah la sebelum ni naik Broga pun semput kan HAHAHA.

Sekali ko! Seharian rupanya. Daripada awal pagi kul 7 tu sampai kul 7 senja  baru nampak kereta ko kat parking. Merasa la air mata berjuraian masa nampak kereta HAHAHA. Akhirnya aku berjaya!!!

Sebab kita tak prepare mind kita ni kan. So bila tak sampai-sampai jadi double stress.

Balik rumah merasalah kaki tak boleh bergerak HAHAHAHA. Drama sangat siap nangis2 HAHAHA. Kelako bila ingat balik. Giler tak nangis 12 jam dalam hutan hihihihi. Hasilnya 3 hari gak susah nak jalan. Anje sangat ia tu. Kerja Badang asikla gelak tengok bini dia.

Jap saya share satu gambar kat berembun.

Air Craft Crashed Area of RAF B-24 Liberator (KL654R)

So kali ni En.Badang ajak lagi family dia naik gunung. Mossy Forest katanya
Kali ni makjemah dah prepare minda ye uols
Siap tanya... macam hari tu ke sehari dalam hutan?
"a ah sehari, tapi ini macam lagi susah sebab turun naik"
oooooooooooooo
Ok ok... ready

Lagi pun dulu memang saya ada tanya2 badang pasal mossy forest. Tapi tak la sampai nak daki Irau hahaha. Over tau laki i.

Pastu saya baca gak komen-komen kat fb bagitahu yang cabaran irau ni tanah dia berlumpur. Saya memula memang tak dapat bayangkan.

Anak-anak saya?
Korang kena lebih risaukan omak dia ni daripada anak-anak saya kahkahkahkah
Dorang lagi kuat dari iols okehhhhhh.

Preparation?
Semua En.Badang yang uruskan.
Dia yang belikan kasut naik gunung satu keluarga
Dia yang belikan baju, seluar, beg, air, bekal bla bla bla HAHA
Kitorang tahu bendanya dah siap je


Bangun kul 5 pagi
Solat subuh.
Bergerak ke tempat berkumpul lepas subuh.
Tapi sebab ramai nak dikumpulkan. Jenuh gak menunggu memasing.
Langit dah cerah baru nampak muka semua HAHAHA

Berkumpul. Ada penerangan sikit dari abg sweeper bulu HAHAHA

Ini wajib. Belum start dah penat. Acane HAHAHA


Bergerak rasanya start 8 pagi. Jalan jalan jalan. Panjat sini panjat situ. 
Sejam berlalu
Dua jam berlalu





Lumpur dia memang win

Syukur sangat En.Badang belikan kasut hiking ni. Cengkam kuat.
So kaki ngan ibu jari tak sakit sangat macam jadi yang berembun tu.

Nisa asik tanya dah berapa jam dah mama
Kul berapa sampai mama

Nisa mood dia memang tak berapa baik dari pagi
Asik marah-marah adik dia
Muka masam je
Itu tak kena
Ini tak kena

Nasib baik dalam gambar senyum hehehe
Tengok baju nisa dah tak rupa baju dah tu.


Nisa punya baran saya jalan slow.
Macam mana nak jalan laju macam dia kan
Mama ko besar nisa. Ko kecik ringan je. Supsapsupsap dah sampai

Nisa tensen jalan belakang mama
Dia nak pintas saya.
Tapi dia tak nampak sebelah saya ada kayu besar

Danggggg
Kepala dia terhantuk
Benjol dan luka
Menangis terus dia
Nak nangis kuat segan
Nangis slow je tahan sakit.

Betul-betul dia terhantuk tu kat lereng2 curam tau. Saya tak tahu nak buat apa masa tu.
Just boleh pujuk je. Nak bukak beg pun susah.

Pujuk-pujuk dia. Rilek kejap bagi sakit hilang sikit. So teruskan mendaki. Tapi mood dia dah hilang terus dah.


Alhamdulilah sampai puncak Mini Irau Jam 11 pagi.

Anoi steady. Kakak nisa meragam.
Anoi paling senang jaga. Kaki tenggelam dalam lumpur pun rilek
Tangan luka pun rilek
Jatuh pun rilek.
Senang sangat jaga anoi.

Lepak-lepak mini irau.
Konon nak teruskan ke puncak.
Lagi 45 minit je nak sampai puncak.

Nisa dah geleng kepala
Taknak teruskan sebab kepala dah benjol.
Nasib la memang bawak ubat apa semua.
Sapu ubat dulu.
Bagi makan.
Rilek-rilek kejap.

Pujuk sekali lagi.
Tetap dia taknak.

Oklah. Kalau taknak kita sampai mini irau aje pun mama dah cukup bangga dengan anak-anak mama.

Cantik sangat tau. Siapa yang suka hiking. Wajib try.

So kitorang bergerak turun dari Mini Irau jam 11.50 macam tu...

Turun lagi saiko rasanya .


Korang bayangkan macam ni selut dia. Memang kalau pijak tak nampak terus kaki. Tenggelam sampai ke betis

"mama dah nampak tanggaaaaa" saya menjerit

Saya jalan depan sekali
Anoi belakang saya
Nisa ke tiga
Papa belakang sekali

So anoi akan ikut mana saya pijak
Nisa pulak akan ikut suka mana dia nak pijak katanya kekeke

So bila saya jerit dah nampak tangga.
Nisa punya pecut. Tak sabar betul dia.

Anoi pun happy. Anoi tak sabar bukak kasut sebab kasut dia dah berat sangat.

Keadaan kasut HAHAHAHA. Sian dia dah la baru beli. Terus macam ni jadi nasibnya


Baru la manis muka nisa masa ni :p

SuperHero

"Nisa amikkan gambar mama ngan papa"

Ala papa ni tak senyum... nisa merungut...
Ok papa senyumlahhhhhhhhhhhh

Terus pelik muka papa kau HAHAHAHAHAHAHA
eeeeeeeeeee muka putih tangan hitam
HAHAHAHA
Awas ye #JanganKecam
Tangan tu penuh lumpur


Macam mana cakap ye.

Rumusan daripada hiking kali ni adalah BEST

1. Sebab kawasan ia sejuk so kita tak rasa penat sangat pun. Jalan 2 jam pun takde rasa nak benti rehat pun
2. Takde pacat HAHAHA. I is geli pacat
3. Abang sweeper bulu baik orangnya HAHAHA

Nanti rasa nak join lagi tapi taknak bawak anak. Baru la mama dapat manja2 pulak ngan papanya kihkihkih. Motip sangat.


Kalau korang nak join Hiking / Outdoor Adventure.
Boleh Contact #OWA #OutdoorWorldAdventure Firdaus 0193734637




0 komen[s]:







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^