Follow Viruspadu

Friday, May 19, 2017

Jimba #AnakHasmah

Seronoknya 💃💃💃

Akhirnya berjaya gak berjimba
Bukan mudah
Rasanya dah setahun berlalu
Akhirnya berjaya gak jimba

Walaupun memang selalu jumpa kat rumah mak, tapi bila buat date macam ni feel dia lain sikit kan. Date macam ni hilangkan stress dan Me Time sangat kat mak mak ni kan

Untunglah adik beradik ramai pompuannnnn.

Tak semacam jimba yang terdahulu. Kali ni agenda jimba adalah lebih kepada karok aje HAHAHA
Nampak sangat ko dah tua kan. Shopping-shopping ni malas sangat rasa. Tapi tetap la shopping. Cuma shopping bukan agenda utama la. Kalau jimba sebelum ni memang targetnya nak shopping-shopping dengan tenang. Konon je lah.

Berkumpul kat rumah kak ira. Terus amik sepet. Terus amik Ceera.

Sepet dan ceera sila pindah rumah HAHAHA. Duduk kat tempat jem buat apa

Acara dimulakan dengan sarapan roti canai kat mamak.
Walaupun nampak macam sebaya. Tapi percayalah I yang nampak paling muda kan wakakakakakaka

Sebenarnya masa berkumpul kat rumah kak ira lagi, saya dah kecam kak zara dah. Sebab dia pakai t-shirt. Saje je kecam. Sebab dia nampak kurus sangat pakai baju tu. Biasalah jeles dimana-mana kan.

Sekali bila sampai je rumah ceera. Lagi teruk kak zara dikecam oleh ceera HAHAHA. Lalu beliau terpaksa beli baju dan seluar baru di PAVI. Hebat... jauh sangat almari bajunya.

Sementara menunggu kak zara tukar baju.

Alamak... takde pulak gambar kak zara pakai baju t-shirt pastu tukar baju lain. Sebab u know la kan. Sekarang dah ada ig stori, kita bz rekod ig stori je. Gambar dah malas dah nak amik. Pastu ig stori bertahan 24 jam je. Lenyap semuanya. Dalam IG stori tu adalah tunjuk tshirt beliau pastu beliau tukar baju apa semua hihi. @viruspadu

OOTD menunggu
Shawl - The World Map dUCk
Top - Esprit
Jeans - Levis
HB - MK 
Kasut - Sketches
Jam kuning - Ice-Watch

Kali ni berjimba dibendaharikan oleh Kak ira yakni beliau kena pegang duit dan segala macam urusan bayaran diuruskan oleh beliau. Sorang bayau RM100. So total jadi RM600 kan. Ini lah duit makan, inilah jugak duit masuk karok.

Kalau tak cukup nanti topup. Cenggitewwwww

Sistem macam ni lagi bagus daripada sorang bayar dulu, nnt yang lain bayar kendian. Kena amik resit nak bahagi2 apa semua kan. Koser wei.

Paling kelako masa karok la.
Tak tahu nak cerita macam mana.
Ceera menari paling over. Tak sedo diri mak mak dapat bebas hahaha
Nak share video tak sampai hati uolssssssssssss.
Siapa yang ada tengok ig stori aje la yang tahu keadaan sebenarnya.

Adik beradik saya adalah kawan rapat saya yang paling best. Kenal luar dalam.

Kitorang boleh lepak bersembang bercerita sampai tergelak keluar air mata ok. Kak ara ingat tak cerita BERAS HAHAHAHAHAHA. Maigad kelakar giler kot.

Kes kecik-kecik dulu berangan nak lari dari rumah. Pastu lapar. kak ara pegi bagi beras kat tingkap HAHAHAHA. Bagi la nasi dah siap masak kakcik oi. Ya Ampunnnnnnnnnnnnnnnnn haku gelak macam ongiler kat situ.


2. Kak Ina
3. Kak ira
4. Kak ara
6. Kakjeng
7. Kak ceera
9. Kakpet


--------------------------------------
Biasanya kalau kulit jenis ruam-ruam merah macam ni, kita kaver aje dengan foundation tebal. SETEL semua masalah kan.

Tapi tulah. Bila keluar rumah WAJIB nak bersiap-siap lama nak cover itu ini walhal nak gi kedai muthu seberang jalan je. Dek kerana tak konfidennya dengan kulit muka sendiri. Tu yang bila bersiap kemain lama sampai suami berjangguit tunggu tu kan.

Ini hasil konsisten penggunaan:
1. Collagen SHE RM85
2. Sakura Mask RM80
3. Skincare Seqybeauty RM130
Total RM295

Nampak macam alamak mahalnya RM295. Ye ke? Cuba bandingkan dengan HARGA sekali kena BAYAR kalau pergi facial. Facial sekali je pun berapa dah kan.

Nak cuba ke nak cuba?
WA kakjeng bila nak try tau. Jangan risau, kalau tanya kakjeng... kakjeng tak follow up 10 kali bila nak beli bila nak beli HAHAHA. Tak caya cuba tanya.

#0122052091




0 komen[s]:







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^