Follow Viruspadu

Tuesday, May 16, 2017

Sambutan hari ibu

"mama, kakak dengan adik ada duit simpanan RM53, nak beli hadiah hari ibu untuk mama"

TERHARU 😭😭😭.

"nanti masa kitorang cari hadiah untuk mama, mama pergi tempat lain tau"

iyelah anak-anak.

kebetulan saya pun nak cari hadiah hari ibu untuk mak saya. Kitorang adik beradik ada plan-plan sikit nak celebrate hari ibu. Dok tukar-tukar tempat sebab tak tahu mana tempat yang best dan mana tempat yang besar boleh tampung kitorang anak beranak yang ramai ni. Kitorang dikumpul-kumpul dalam 53 orang wei.

Memula macam nak makan-makan kat tempat yang viral tu, kat sebelah IOI City Mall Putrajaya tu. Katanya restoran tengah ladang ke macam tu. Sekali call-call tak berangkat. Penuh agaknya dah tu. Fine. Gi makan tempat biasa aje lah. Tetiba ode sajes makan kat Annur Seafood and Steamboat, Kampung Baru.

I folloowwwwwwww....
Tak sampai 53 orang sebab ado yang tak dapat join.

Tapi apadahal. Ramai ni pun dah makan macamkan bela saka kan.

Meja tumpuan geng saka, meja saya la. HAHAHAHAHA. 

Kitorang berkumpul kul 8.30 malam kat sini. Saya dari seremban jauh berjalan ke sini. Dengan sesat-sesat sikit. Sebelum magrib keluar rumah dah. Singgah rnr magrib dulu. Sambung perjalanan. Nak dekat kul 9 gak la sampai.

Sedap tak makan kat sini?
Erm... boleh tahan, sedap jugak
Cuma pilihan tak banyak.
Pastu steamboat atas meja pun tinggi sangat, takleh duduk. kalau duduk nak amik makanan susah. Kena berdiri. Dah berdiri nak makan kena duduk balik. Abis tu keje bangun duduk bangun duduk je la.

Pastu masa tengah makan tetiba api tu kuat sangat terbakar sikit alas meja. Nasib baik tak penik. cecepat padamkan. Pastu meja sepet lagi sedih, mejanya goyang, tengah makan-makan tu steamboat terjatuh tumpah. Memang syukur banyak-banyak takde siapa yang cedera.

Harap management dapatla perbaiki semuanya. Yang kurang dilebih-lebihkan.
Nanti kitorang datang lagi ye.

Yang lain ok, tempatnya luas, parking pun banyak, selesa.

Apapun, seronok bila dah berkumpul tu.
Sampai habis licin ice cream bebudak makan hahahaha.

 Hadiah hari ibu untuk emak. Cantik sangat beg ni, rasa macam nak buat hak sendiri je.

"Mak baru nak cakap beg mak tu dah lama, dapat pulak beg baru" 
😍😍😍😍


----

Nisa, Anoi: mama, ni hadiah untuk mama
Mama: cantik, terima kasih anak-anak mama

Papa: papa jugak yang kena bayar... kata nak pakai duit korang...

HAHAHAHAHAHAHAHAHA
terbaik!
Hebat tektik korang nak! Belajar dengan siapa ni? 😜😜😜😝



0 komen[s]:







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^