Follow Viruspadu

Tuesday, June 20, 2017

Annur 8

"Birthday anoi sabtu ni kita bawa dia makan kat palm mall hotel nak?
"ok nanti abang tempahkan"

...

"Abang dah call dah, katanya kalau buffet tu, dewasa RMxx kanak-kanak RMxx, pastu dorang ada pekej bermalam lebih kurang je harganya. Kalau kita bermalam dapat pekej berbuka dan sahur sekali"

"ooo habis tu macam mana?"

"papa dah booked"

...

Wah gitu anoi, kemain lagi birthday ko ye
RMxx tu sebab saya tak ingat berapa harga en.Badang cakap kat saya
Almaklumlan sebab bukan saya yang bayo, sayup-sayup je dengar berapa harganya HAHAHA Dasar sgt kan. Cuba kalau bini bayor, agaknya siap dengan duit sensen pun ingat kekekeke

...

Sabtu tu ada sekolah ganti
Dah bagi tahu anoi, birthday adik nanti ada kejutan tapi tak boleh bagi tahu apa dia. hehehe.
Bila cakap macam tu, lagi la dia asik tanya hahaha.
Memang saje bagitahu, suka bila dia tanya2 banyak kali tu
maksudnya dia eksaited ler kan :p
mama kan sejenis mama saiko kihhhh
...

"kakak dengan adik bawak satu seluar satu baju, manala tahu lepas makan berbuka nanti kita nak tido rumah nenek" HAHAHAHA takde idea nak kelentong apa. Pastu paling susah nak menjawab soalan nisa la. Kenapa kena tido nenek la, buat apa tido rumah nenek la, apsal mama ngan papa pun bawak baju la. Adoi poning den nak jawab.

Petang tu dalam kul 5.45 gak la gerak dari rumah.
Alahai dekat sangat palm mall ngan rumah kitorang. 15 minit sampai dah.

Tetiba dalam kereta en.Badang bawak kereta lajak ke depan.

"eh kita nak gi mana abang"
"Klana la"
"apsal klana"
"yelah sebab abang booking kat klana"
"bukan kat palm mall ke?"
"tak, abang tukar"

Adoi... ini bukan anak je dapat kejutan ni, omaknya sekali terkejut.
Almaklumlah omak teruja nak berbuka kat buffet palm mall tu
Lepas habis makan boleh shopping kekekeke
Kalau kat klana, habis berbuka, nak buat apa kat situ kan. Takkan nak terjun kolam pulok
Pandai betul beliau tukar plan ye.
Cisssssssssssssssssssss

....

Surpriseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.


A post shared by Zaimah Noh (@viruspadu) on

Happykan tengok anoi teruja macam tu
Anoi ni memang sejenis menunjukkan perasaan dia
Macam mama dia jugak la
Keturunan kan.
Kalau suka tunjuk suka
Kalau tak suka tunjuk suka gak hihihi

Ini hadiah yang kitorang fikirkan untuk anoi
Ukelele ngan stori book.
Simple aje hadiahnya
Taknak beli dah mainan
Mainan semua jahanammm


Beso dah kan anak dara saya. Siapa yang baca blog ni daripada dorang masih bayi? Lama betul kita dah berkenalan. Tua dah kita uolsssss.

Ini antara tanda-tanda kita dah tua bila budak-budak dah ada wasap group dengan kawan-kawan sekolah dia kekekeke.

Bilik ok boleh tahan
Makanan buffet berbuka pun banyak
Dan saya rasa sangat berbaloi dengan harga dan makanan yang banyak itu

cuma itula dia, berapa banyak je ko boleh makan kan
Kalau kat rumah pun takat makan satu dua jenis lauk je ngan minum air kosong
itu pun dah rasa kenyang sampai sengkak perut.
Tapi sebab buffer macam ni, terpaksa makan banyak lagi berganda2
Sebab nak bagi berbaloi ngan duit bayo tu kan hahahahaha.

----

Sahur


Birthday gal


Punya banyak makanan
Roti bakar gak anak-anak makan
Sama je dengan sahur kat rumah

...

Takde apa yang menarik sangat untuk dishare.

Tapi ini fakta mungkin ada yang minat sebab ada berapa hari lagi kan puasa

Nama hotel: Klana Resort Seremban
Location: PT 4388, Jalan Penghulu Cantik, Taman Tasik Seremban, 70100 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Pekej Combo ramadan, RM199
Pakej untuk 2 org termasuk iftar + sahur + bilik penginapan
Kanak2 kena tambah RM38 seorang lagi untuk iftar + sahur

Ok babai klana, sampai jumpa lagi




Agak-agak apa kejutan untuk birthday mama bulan 9 ni ye 😝😜



0 komen[s]:







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^