About VirusPadu

Siapa Jemah?? Siapa VP??? Siapa PINK??? Siapa Zaimah??? Siapa MakMah??? Siapa Maria Lopez???

Ok yang last sekali tu memang tak boleh pakai langsung hahahaha

Entry ini adalah all about Jemah, yang dia selalu claim yang nama Jemah tu bukan nama sebenar :p, ye betul dia tak tipu :p, Jemah memang Jujur :p

Buat Pembaca-pembaca baru di blog yang serba Pink ini, yang tertanya2, siapalah penulis blog yang kejap gelar dia vp kejap jemah kejap zaimah kejap makmah kejap hulk kejap wanita besi, kejap wanita paling ayu abad ini hahahaha wtf hahahaha semua gelaran tu semua dia kasik sendiri :P kecuali "vp" itu readers dia kasik, sebab readers dia tak sanggup nak panggil dia virus hahahaha

Memperkenalkan Penulis belog yang selalu menganggap dirinya Datin Wanabe hahahaha eh tak lah taklah


wanita bekerjaya
tak suka drive kereta
suka makan laksa
suka mengaku sopan :p

Jemah kini telahpun berumah tangga bersama jejaka idaman nya, jejaka pilihannya, di blog pink ni jemah memang suka-suka tukar nama laki dia yang sedap itu kepada en.laloque

auditor gomen
suka minum air kosong
penggemar lauk semalam

nak tahu kisah percintaan mereka??? ohooo kepochi jugak pembaca ni yer hahahaha, takpe2 penulis juga berperangai begitu hahahaha, haaa bacalah, tak katam siaplah

Mereka berkahwin pada tahun 2003, lama dahhhh pada 21 September 2003, memang tarikh ada ong (tuah) punya

Dikurniakan 3 orang cahaya mata, tiga-tiga perempuan

Anak pertama: Alesha Abriza bidadari syurga
dilahirkan pada 15 Disember 2005 dan pulang ke rahmat Allah pada 13 Mei 2006, Alesha mengalami simptom bagi penyakit HYPOPHOSPHATASIA. Penyakit yang berkait rapat dengan kekurangan kandungan Alkaline Phosphatase

Alfatihah

Anak kedua: An-Nisa Abriza
Dilahirkan pada: 25 Mac 2007

seorang yang banyak songeh
banyak peel
pandai menjawab sampai mama dia terkebil2 menjawab
suka membebel bersama mama
sangat manja dengan papa dia

Anak ketiga: An-Nur Abriza
Dilahirkan pada: 17 Jun 2009

walaupun baru berusia 3 bulan tapi dah boleh gelak dengan meriah sekali :p


Penulis adalah sangat meminati warna MERAH JAMBU, betul, tak caya tengok la blog dia, Memang JAMBU kan :p


Dia juga adalah peminat english style suam-suam kuku, sejak ada anak kecik terus buat2 lupa dah, tapi takpe, sekarang simpan dalam hati dulu :P

dan tak lupa, penulis juga pengumpul komik yang tak berapa berjaya sangat

eh keychain pun dia suka kumpul laaaa

Jangan tak percaya jugak, penulis jugak telah melantik dirinya sendiri sebagai DUTA JUSCO terbaik hahahaha

Ok penulis rasa, itu je kot yang pembaca perlu tahu di episode All About PINK eh VP laaa

sebagai penutup, saya sajikan gambar family jemah di pagi raya 2009
Sekian :D
Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^