VirusPadu?

kenapa yer saya punya nickname viruspadu

ye kenapa?

sape yang mula2 bukak atau tengok nickname saya mesti memula ingat saya ni lelaki kan, lepas tu rasa ingin tahu dan nak klik tengok sape la viruspadu ini hihihihihihi... betul tak? (hahaha perasan nya aku)


adakah saya sekejam "virus" yang suka merosakkan pc, menyelowkan pc, menjahanamkan pc?

atau saya "virus" yang membuatkan anda kena jumpa doktor

tapi yang pasti saya bukanlah virus C.I.N.T.A yang membuatkan orang angau

gitu... gitu...



ianya bermula begini

saya sebelum ni create email accout menggunakan hotmail pada tahun 1998... ha hambek ko, tahun pun ingat lagi yer, yelah masa ni saya baru masuk matrik katanya... saya create mmah2000@hotmail.com. advance kan, belum tahun 2000 saya dah buat dah...

lepas beberapa ketika, almaklumlah zaman dulu kan sangat susah nak bukak emel, paling boleh pun bukak kat lab atau pergi CC kan, itu pun hazab tau, CC manjang penuh ngan umat dah tu pulak slowwwwwwwwwwwwwww yang amat, rugi duit sungguh la haiiii

akibat lama tak bukak, saya terpaksa la bukak email lain, masa ni email yahoo lah yang paling glamerssss sekali


buat yang taktahu, saya dulu amik course IT tau, kat UUM sem 4 kita dah boleh pilih pengkhususan (majoring) bidang yang kita minat, masa tu cuma ada 4 pilihan sahaja, information management (IM), Network, Multimedia dan Artificial Intelligent (AI).

dulu saya sangat minat programming, sebab itu saya pilih AI, saya sanggup tinggalkan geng2 semata2 nak amik AI, ramai jugak kawan2 yang nasihatkan saya AI ni x best dan susah, tp MINAT kan... kalu MINAT apa2 pun boleh ye tak, dan alhamdulilah... saya boleh bawak AI tu

rasanya dulu kalu ada major in network security konfem saya pilih hehehehe sebab ape tau, dari dulu saya suka berangan saya terer buat virus ke spam ke, dan dari dulu saya suka je try and error macam mana nak skodeng PC orang dari jauh hahahahahaha, tp tulah... tak pulak saya pilih major network kan, sebab saya tengok belajar network ni macam belajar wiring jer hahahaha bodohnya akuuuu hahahahahaha



disebabkan minat saya tu lah, dan angan2 saya tulah, masa saya create account email saya pada tahun berapa ek, 2000 ke? konpius sikit, terlintas perkataan "virus" itu, dan perkataan "padu" tu saje la saya letak bagi nampak ganas sikit... ganas sangat la konon hahahahaha

sejak tu, semua ID saya, saya akan pakai "viruspadu"

sekian... terima kasih...

ada paham uols...

so sekarang saya nak tag sape ek... boleh tak saya nak tag2 ni... sape nak buat silakan...

p/s: semua gambar2 adalah tidak ada kene mengena langsung dengan cerita diatas hiks, tu semua gambar lama masa tahun 2003

Mama Alesha dan An-nisa Abriza
Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^